Skip to product information
1 of 2

BAWALCRYSTALLIER

CRYSTALLIER KASIH KUNTUM B45

CRYSTALLIER KASIH KUNTUM B45

Regular price RM199.00 MYR
Regular price Sale price RM199.00 MYR
Sale Sold out
Quantity

✨ KASIH KUNTUM 

Kasih Kuntum diinspirasikan daripada kuntuman bunga yang melambangkan kasih sayang, kelembutan dan keindahan yang sentiasa mekar. Susunan kristalnya direka dengan keseimbangan yang sempurna bagi menghasilkan kilauan yang halus namun tetap memukau, menyerlahkan pesona si pemakai dalam setiap langkah.

Keistimewaan Kasih Kuntum terletak pada gabungan tiga saiz kristal Swarovski yang disusun dengan teliti. Kombinasi 38 butir SS16, 66 butir SS12 dan 72 butir SS10 menghasilkan dimensi kilauan yang lebih hidup, memberikan efek berlapis yang elegan dari setiap sudut. Sentuhan 1 butir Heart Shape melengkapkan rekaan ini sebagai simbol kasih yang menjadi inspirasi utama koleksi ini.

Diperbuat daripada Premium Hokkaido Japanese Cotton Voile, fabrik ini ringan, sejuk, breathable dan mudah dibentuk untuk pemakaian yang selesa sepanjang hari. Dengan bidang 45, ia memberikan gaya yang kemas dan praktikal untuk dipakai pada pelbagai acara.

Setiap helaian dihiasi dengan 177 butir kristal, dipasang satu per satu dengan penuh precision oleh anak Melayu muda tempatan bagi memastikan setiap tudung tampil eksklusif dengan kemasan yang berkualiti tinggi.

Detail:

Material: Premium Hokkaido Japanese Cotton Voile
Saiz: Bidang 45
Total batu: 177 pcs
SS16: 38 pcs
SS12: 66 pcs
SS10: 72 pcs
Heart Shape: 1 pc

Cara pilih warna :
Remark pada bahagian notes. 
Pemilihan kod warna boleh rujuk pada katalog koleksi Crystallier Batu Tabur. 

Contoh : Pada notes. ( 1 x 01 Nude )

View full details